BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, 17 June 2011

sedih nye...Ya Allah...tempatkanlah ia bersama dgn org2 yg baik2...

kini tinggal kenagan Pn Wikiam a/p Eh Pot
bersama suami, Yoon Boon Chew..

Pn Wikiam bersama anak, YooveRn...

hanya tinggal kenangan... =(

seorang bapa dan anak...


SUAMI NEKAD SAMAN HOSPITAL PAKAR DI ATAS KEMATIAN ISTERI DAN BAYI...

PASIR PUTEH – Seorang suami, Yoon Boon Chew, 35, nekad ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur di atas kecuaian kakitangannya, sehingga menyebabkan isteri dan bayi di dalam kandungan meninggal dunia.

Beliau yang merupakan seorang pegawai kerajaan dan bertugas di sana, berkata, tindakan tersebut ingin diambil oleh beliau apabila melihat sendiri bagaimana isterinya, Wikiam a/p Eh Pot, 35, diperlakukan semasa hendak melahirkan anak kedua mereka di sana.

“Kejadian ini berlaku dari jam 3.30 petang hingga 11 malam pada Selasa lalu sepanjang isteri saya menjalani rawatan di sana untuk bersalin.

“Pada awalnya isteri saya mendaftar di sana selepas doktor mendapati mendiang sudah tiba masa untuk bersalin, pada masa itu kandungannya berusia sembilan bulan dua minggu,’’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Siam, Kertik Buluh, Cherang Ruku, Semerak di sini, semalam.

Menurutnya, semasa proses bersalin beliau melihat kakitangan hospital tersebut berada dalam keadaan kelam kabut dan peralatan tidak mengcukupi sedangkan ia adalah sebuah hospital pakar.

Boon Chew berkata, akhirnya sekitar jam 11 malam isteri serta bayi di dalam kandungannya disahkan meninggal dunia akibat dipercayai air ketumban mendiang memasuki ke dalam saluran darah dan terus masuk ke paru-paru sehingga menghalang pernafasan.

Beliau berkata, oleh kerana rasa tidak yakin, beliau telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan membawa mayat isterinya untuk dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Rabu itu.

“Melalui laporan awal daripada bedah siasat tersebut, kematian itu dipercayai ada kebarangkalian kecuaian daripada pihak hospital tersebut.

“Apa-apapun laporan sepenuhnya belum disiapkan lagi dan saya akan menunggu sehingga siap sebelum tindakan selanjutnya akan dibuat,’’ katanya.

Jenazah Wikiam yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Sri Tasek, di sana, dibawa pulang ke kampung halamannya di sini, petang kelmarin di mana beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik kepada Ketua Kaum Siam di Semerak, iaitu Eh Pot a/l Eh Boon, 63, dan isterinya, Mek Chu a/p Isin, 57.

Tambahan oleh aku! : juga bekas guru sejarah dan geografi di Sek.Men.Keb. Puteri Wilayah, Kg. Baru... Kuala Lumpur

"Berita ni diambil dari surat khabar Sinar Harian...












0 comments:

pokok